Saturday, 28 February 2015

Semua agama menuntut kebaikan

Sudah menjadi lumrah bilamana kita mempunyai roomate kita akan terpanggil untuk mengenal tentang dirinya walhal roomate adalah antara orang yang terdekat dan logiknya kita rapat bersama dengannya.

Pengalaman diri, sebelum mendaftar ke alam kampus, diri ini sering kali berdoa agar memperoleh roomate yang baik, yang solehah, yang mampu mengajar kita tentang agama dan semuanya bercirikan yang baik serta teguh agama Islamnya.

Akan tetapi sebaliknya berlaku, pada hari pertama mendaftar kolej,
diri ini dijodohkan ditempatkan bersama roomate yang bukan muslim. Pada permulaannya timbul perasaan tidak kepuasan pada ketetapan ini, akan tetapi diri ini yakin pada ketetapan Allah yang menempatan diri ini bersama roomate itu.

Tidak kenal maka tak cinta. kalau kenal bertambah-tambah cinta.

Miskipun berlainan agama, perbezaan agama ini bukanlah menjadi penghalang perkenalan kami. Kami sering kali bertukar cerita tentang agama kami. Banyak diri ini belajar tentang agamaNya. Lebih-lebih lagi si dia ini sangat kuat pegangan agama kristiannya. 
Sebagai manusia perlunya kita menerima dan meraikan setiap kebaikan individu tersebut meskipun kita berbeza dari kefahaman agama masing-masing.

Pernah di dalam perbualan kami, sedang kami bercerita tentang latar belakang keluarga.
Roomateku ini merupakan  anak kedua terakhir dalam keluarga. Diceritakan, sewaktu mendapat tahu kelahiran adik terakhir, ibunya tidak menyangka akan mendapat zuriat lagi kerana tidak pernah merancang untuk memperoleh anak seterusnya.
Pernah timbul dalam diri mereka untuk gugurkan, akan tetapi kerana pegangan agama mereka kuat, mereka tahu menggugurkan anak yang sudah mempunyai roh itu berdosa dan dibenci agama. 
Sewaktu itu diri ini sangat tersentuh. meskipun mereka bukanlah beragama Islam tetapi agama mana yang menyuruh berbuat jahat kan. Semua agama itu baik. Kita sebagai umat Islam wajarnya menghormati agama lain. 
Terima kebaikan orang. Belajar dari mereka. 

dan pernah juga dalam satu situasi.
sewaktu kami di Sogo sedang menjalankan tugasan penyelidikan TITAS, 
Sedang berjalanan melakukan survey, Roomateku berasa dahaga dan meminta untuk masuk ke satu kedai untuk membeli minuman sambil-sambil kami yang lain melakukan survey pada pekerja kedai tersebut.
setelah saja masuk ke dalam kedai, kemudian roomateku ini menerpa keluar semula tanpa mengambil sebarang minuman untuk dibelinya. 
katanya 
"Saya nampak itu "tiger","
""tiger"??"
Sebenarnya, tiger yang dimaksudkan ialah minuman keras yang dijual di kedai tersebut. 
Setelah selesai survey pada pekerja tersebut, kami pun keluar meneruskan survey di kawasan lain pula.
Roomateku ini tidak membeli sebarang minuman di kedai tersebut sedangkan katanya tadi dahaga.
Katanya tidak mahu membeli di kedai tersebut. 
Mungkin salah satunya kerana dia tidak mahu menyumbangkan duitnya pada perniagaan yang berniaga barangan haram. Agamanya melarang meminum minuman keras. 
Diri ini berasa sangat beruntung kerana dapat belajar agama selain dari Islam. meskipun diri ini tahu ilmu agama Islam sendiri tidak diselami habis.
akan tetapi, sangat lah rugi jika ada ilmu depan mata yang datang kita tak ambil dan belajar daripadanya.

semua agama mengajak kita berbuat baik sesama manusia, sesama ibu bapa dan orang tua, jangan mencuri, saling menghormati, saling membantu dan pelbagai lagi.  Dari sudut ini, maka ada persamaan antara apa yang dituntut dalam setiap agama. Namun tegasnya, ada persamaan tak semestinya agama itu sama. Contohnya, manusia ada kepala, dan paip pun ada kepala (kepala paip), tapi manusia dan paip tak sama. Dan kita tahu, semua agama mengajak kepada kebaikan akan tetapi agama Islam lah agama yang benar disisi Allah. Perkara pokok atau asas utama satu-satu agama ialah konsep ketuhanannya. Inilah yang membezakan Islam secara total daripada mana-mana agama yang lain.