Sunday, 24 November 2019

Travelog Jejak Jawa Timur Indonesia (Part 1)

بِسْــــــــــــــــــم اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; Oleh itu mengembaralah kami di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul)."[Ali Imran, 137]

Alhamdulillah Ala Kulli Haal.
Setelah sekian lama tak mengembara keluar dari bumi Malaysia, Allah bagi peluang mengembara keluar lihat bumi Allah yang luas ini. Post ini ditulis sekadar perkongsian dan simpanan kenang-kenangan peribadi andai satu masa ada rasa lemah semangat, boleh buka balik baca untuk naikkan semangat kembali. InsyaAllah.

Kenapa bumi Jawa Timur Indonesia yang kami pilih untuk trip ni?
Bismillah. Allah sebaik-baik perancang. Al-kisahnya bermula sebab aku ni teringin sangat nak pergi bumi barakah Brunei. Salah satunya ada sahabat sorang kerja dekat sana. Boleh la dia tolong bawa kami kenal-kenal bumi barakah Brunei ni. 
Bincang punya bincang, tetiba ja buat keputusan nak tukar tempat lain. Masa tu pun, Air Asia tengah buat promo dekat 4 tempat ni; Indonesia, Vietnam, Thailand dan Brunei.

Masa tu pun masing-masing tengah stress kerja, nak cari tempat santai-santai, pemandangan indah sedap mata memandang, nak relaks-relaks kan mata katanya. Dan akhirnya kami pilih Surabaya yang terletak di Jawa Timur Indonesia. Indonesia kan besar amatt. Masa tu date promo nak habis dah. Malam last tu sama-sama decide tukar trip ke Surabaya, then terus beli.

Basically, kami cover tempat dalam otak tu ja.
Surabaya, Malang, Bromo, Batu. Masing-masing jauh tempatnya.
Kalau datang Surabaya ni yang famous nya Gunung Bromo la kan.

Aku akan bahagikan travelog ni kepada dua part. Part 1 untuk persediaan, budget, tips dll. Part 2 untuk itinerary perjalanan kami.

Let's get start !!


Tiket Flight
Untuk Harga tiket flight return (pergi dan balik) kami pergi berempat. 
Luggage 20kg atas nama 2 orang. (total 40kg)
Total semua RM1536/4 = RM384/person



trips kami selama 4 hari 3 malam 
(15 Nov 2019 - 18 Nov 2019)
Beli tiket masa tu akhir bulan Jun 2019, tengah promo kan, cepat-cepat beli.


Untuk trips ni kami guna guider, tempat sini jauh-jauh. Memang perlu orang untuk guide.
Oleh sebab beli tiket awal, slow-slow la kami survey pakej-pakej yang ada dekat sana. Tanya kawan-kawan yang pernah pergi sana. Tengok itinerary pakej lain-lain. Mana yang berkenan. 

Survey dan survey kami decide ambil pakej WANGI LESTARI
RM550/person (min 4-5 pax)
Package termasuk Shuttle airport, transport, Petrol, Parking, Toll, Mineral water tiap-tiap hari dapat, Jeep Bromo, Hotel, Entrance Fee. Tak termasuk tiket flight dan makan sendiri. Tempat yang di cover, next post aku cerita.





Tempat kami menginap selama sepanjang berada di sini, untuk 3 hari bertempat di Malang. Tengok peta balik, jauh-jauh tempat kami nak pergi melawat. Tempat stay masih sama. Tak ubah-ubah sepanjang ada kat sini.
Ni sebenarnya rumah banglo yang digunakan orang staycation gitu la. Serius besar rumah ni.

Oleh sebab makan tak termasuk dalam pakej, kena guna duit sendiri la ya. Tapi makan pun tak mahal sangat kat sana. Paling murah nasi goreng 10 000 rupiah dalam RM3. Kalau yang ada daging 20 000 rupiah dalam RM6.
Soto daging madura = 23.6k IDR/person (~RM7) - ada daging dan nasi macam ni mahal sikit

Nasi padang - 15.8k IDR/person (~RM5)
Biasanya kami kalau makan, sorang yang akan bayar, balik hotel nanti bahagi-bahagi la. 
Dah nama pun travel with buddies kan 😊

kalau pergi sana jangan lupa beli ni. Sedap wehh. mochi ice cream. Ada jual kat Indomaret, convenient store lebih kurang macam 7E la. Beli satu 3k IDR (90sen). Beli 4, 10k IDR (RM3) ada promo kat Indomaret masa tu.

Money exchange
Kalau tanya aku nak tukar duit berapa pergi sana, sebenarnya bergantung juga pada setiap orang. Kalau jenis yang ada plan nak shopping barang macam-macam tukar la banyak sikit. Biasa orang datang sini nak beli batik la kut. Ikut la setiap orang lain budget dia. Tapi aku datang sini nak kenal tempat orang ja. Beli sekadar barang kenangan gitu aja. 
Aku tukar 1 Juta Rupiah bersamaan RM298.50 ikut currency semasa la. Anggaran RM300 macam tu la.

Tips nak kongsi sikit. Kalau boleh kan bila pergi travel tulis nota kecil convert mata wang negara kita dengan mata wang negara kita pergi. Lepas tu letak belakang cover phone yang jernih tu. Senang nanti bila nak beli barang compare harga Malaysia berapa. Risau ja orang ingat murah, tapi sebenarnya mahal kalau convert duit RM. Berguna sangat masa nak beli barang-barang dekat sana.



Sel-sel otak berhubung bila nak convert duit tu dalam RM.
Ni yang best bila travel. Dapat tau mata wang negara lain.
Sekadar tambahan ja la.
kalau nak buat sampul asing macam ni pun boleh.
untuk duit makan dan beli barang-barang.


Internet 
kami beli kartu (simkad) dekat sini. 
Beli sorang ja, data 8GB, 56k IDR. Kongsi la 4 orang buka hotspot.
56k IDR/4 = 14k IDR (~RM4/person) cukup sangat untuk 4 hari kami kat sini.
Beli dekat kedai tepi jalan ja. Jalan kampung. Ni rumah kedai ni. Tak beli dekat airport pun. 
Kat airport mahal lagi.
Ibunya baik sangat. Nak tumpang guna tandas rumah ja, sekali dia panggil anak-anaknya jumpa sembang dengan kami. Kebanyakan yang datang sini nak naik Bromo. Sempat lagi anak-anaknya pesan suruh pakai baju tebal. Suhu sana sejukk amat.

Apparel
Basically, masing-masing tau kan baju apa nak bawa. Cuma nak tekankan pakaian bila nak naik Bromo ja.
Kami naik tengah pagi Bromo ni, suhu masa tu lebih kurang 8 celsius. Angin tiup sejuk mencucuk-cucuk.
Tolong la pakai baju sejuk yang betul-betul tebal, sarung tangan (masa tu tertinggal kat hotel, ada ja jual dekat sana 10k IDR dalam RM3 ja), mafla/pashmina, kasut sukan, stokin, mask






Mask is a must guys. Berguna sangat dekat Pasir Berbisik, nak naik tengok kawah Gunung Berapi. Thanks to Hana yang buatkan untuk kami mask yang kami pakai ni. Acah-acah Alan Walker ja kan. 






Next-next day, trip santai-santai ja. Baju pun santai-santai aja la kan

Thursday, 11 February 2016

Travelog musim winter di Bumi Korea (Part 3)

 Saidina Ali pernah berkata :
“Keluarlah dari negara (yang didiami) bagi mencari sesuatu yang berharga. Bermusafirlah kerana bagi musafir itu lima kelebihan : Terlepas daripada kerumitan, dapat meningkatkan kualiti hidup, kaya dengan ilmu dan pengalaman, pengetahuan luas tentang adab dan budaya serta mendapat ramai kenalan.”

Musafir bukan sekadar hanya mencuci mata, namun sebenarnya ingin “mencelikkan” mata akal dan mata hati seorang manusia yang mengembara. Tujuannya agar “kedua-dua mata“ kita lebih terang menyuluh perjalanan kehidupan manusia yang samar-samar ini sehingga kita mampu membezakan mana yang hak dan batil, mana satu perintah dan larangan daripada Allah.

Entry kali ini sambungan bagi entry pertama dan kedua yang lepas. Boleh klik link di bawah untuk Part 1 dan Part  2

Untuk entry ketiga ini lebih berkisah tentang tips-tips survival sepanjang berada di bumi Korea. Tips-tips yang diberi ini berdasarkan pengalaman sendiri dan juga dari hasil pembacaan buku I’m a Backpacker : Korea. Buku ni sangat berguna sebagai panduan untuk ke sana. InsyaAllah akan dikongsikan serba sedikit tips tersebut.
 
Buku ni sangat berguna. Merata-rata kami bawa dan rujuk sepanjang ada di sana.

Kepada sesiapa yang jarang travel, mungkin agak sukar untuk adapt budaya di sini sebab ada budaya masyarakat Korea yang berbeza dengan budaya kita, terutamanya dalam bab makanan. Tetapi jangan risau sebab perkara beginilah yang akan membuatkan kita enjoy travel.

1. Makanan
Itaewon street adalah tempat yang paling senang untuk cari restoran atau kedai makan halal.
Kalau kedai makan selain Itaewon, pilihan makanan yang Bashe bagi kami pilih biasanya makanan bersayur atau seafood.
Kalau nak tahu, majority orang Korea makan makanan pedas. Kadang-kadang makanan korea lagi pedas daripada masakan Melayu. Sungguhh..

Street Food
Street food ni macam makanan yang jual kat tepi-tepi jalan macam tu la. 
Kalau Malaysia contoh macam goreng pisang, keropok lekor macam tu la.
Kalau kat Korea ada juga street food dia, tetapi kita sebagai orang Islam perlu berjaga-jaga juga. Tak semua street food di Korea kita boleh makan.

Tapi sekarang kedai makan dekat korea ke arah memperluaskan makanan halal. Sampai satu tahap tu, babi pun depa nak sembelih. Dekat masjid Itaewon tu memang akan ada la soalan-soalan penerangan tentang ni.
Nampak kan cabaran-cabaran nak kembangkan Islam kat sana. Nak jawab soalan-soalan non-muslim kat sana pun kena get ready la.

Berikut senarai street food yang kita boleh makan dan kami dah try kat sana.

Odeng
Fish cake yang dicucuk dengan lidi. Harga dalam 1,000 won sebatang. Fish cake ni makan dengan kuah. Rasanya sangat sedap. Makan satu cucuk tak kan cukup. Tapi kalau nak makan merasa ok la.

Hottok
Macam pancake. Roti kacang manis. Harga dalam 1,000 won sekeping. Ni kami beli masa dekat Nami Island

Kyeran-Pang
Roti telur. Roti dia rasa manis-manis, dalam ada telur rebus. Harga dalam 1,000 won sekeping

Tteokpokki
Rice cake dengan sos pedas. Sepinggan dalam 3,000 won. Agak pedas, haritu rasa sikit ja, sebab aku bukan lah jenis makan pedas sangat. Ada sesetengah tak halal, Bashe kata kalau dalam tempat masak depa tu ada warna hitam-hitam, tak boleh makan la tu. Kalau merah-merah dalam tu boleh la.

Ojingo
Sotong bakar. Liat-liat sikit dan manis rasanya. Harga dalam 3,000 won. Hurin dengan jihan yang belikan dekat kami haritu. Tak sempat ambil gambar. Google ja la noh.

Lain-lain
Makanan ringan boleh didapati di kedai 7-Eleven, GS24 dan C4U

Susu
Harga dalam 1,000 ke 1,300 won berdasarkan perisa. Ada perisa pisang, strawberi, honeydew, susu. Kami borong 10 botol bawa balik sini. Orang panggil banana oyu

Kopi
Kena hati-hati juga beli kopi dalam bekas kat sana. Ada yang kita tak boleh minum sebab diperap. Peminat kopi mesti nak sangat try kopi sini. Masa tu memang ngidam sangat, nasib ada ayu tolong tunjukkan kopi mana boleh minum. Sedapp sangattt!!

2. Solat
Antara kewajipan kita sebagai umat Islam adalah solat. Biar sakit sekalipun, kewajipan solat tak kan terkecuali. Apatah lagi kalau kita yang sedang di oversea, bercuti-cuti dalam keadaan fizikal sihat walafiat ni kan.
Di sini, akan dikongsikan pengalaman nak solat ketika berada di negara majoriti rakyatnya bukan beragama Islam. Malah ada yang tak tahu apa itu Islam.

Tempat lawatan yang ada surau/Masjid
Masjid Itaewon
Satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul. Kalau singgah di kawasan Itaewon, boleh la solat dekat masjid ni.

Nami Island
Tingkat dua di bangunan Nami Library. Tempat wuduk turut tersedia.

Dan jangan expect semua tempat lawatan akan ada surau. Korea tak seperti Malaysia, kat stesen minyak ada surau, kat shopping kompleks ada surau. Korea tak macam tu. Tapi sekarang orang islam di sana sedang memperjuangkan tempat untuk solat. InsyaAllah moga Allah mudahkan usaha mereka.

Tempat yang boleh dijadikan tempat solat di Korea
Jangan lupa download siap-siap apps kiblat dalam smartphone

Bilik persalinan Baju
Masa di myeongdong, kami kena cari kedai baju dan masuk solat di bilik persalinan baju. Tapi jangan ramai-ramai tunggu nak solat. Kang tak pasal kena halau.

Tangga
Solat di tangga kecemasan, di mana tidak ramai orang lalu-lalang. Dinasihatkan untuk tidak solat berseorangan, at least kena ada seorang yang jaga.

Taman
Masa kami di Hangang park, ada satu khemah besar untuk changing clothes. Khemah tu ada kerusi meja dan tak ada orang. Kami solat kat situ selang-selang. Kena ada orang untuk perhatikan keadaan.

3. Wuduk
Faham-faham ja la kalau kita solat di tempat awam, semestinya kena berwuduk di tandas. Rakyat korea suka tandas mereka kering, jadi dinasihatkan supaya jangan gunakan banyak air.

Ketika mencuci bahagian kaki, tak perlu angkat kaki ke singki. Sebaliknya, isi air ke dalam botol, kemudian masuk ke tandas dan basuhlah kaki macam biasa basuh ketika berwuduk.

Mesti ada yang tertanya-tanya, cuaca sana dah la sejuk, negative celcius. Air tak sejuk ka? Kena tayamun ka?
Sebenarnya dekat korea ada air paip yang dual function. Ke kanan air sejuk, ke kiri air panas. Suhu air paip kat sana boleh kawal, tapi ada sesetengah tandas yang tak ada paip dual function ni. Tapi takpa, tahan la kejap sejuk tu.

4. Tandas
Sungguh bersuci itu penting. Hilangkan bau, warna dan rasa. Buat kita rakyat Malaysia, sudah terbiasa istinjak dengan air. Tapi majoriti tandas awam di Korea tidak mempunyai air paip. Apa yang ada? Yang ada hanya tisu dan kadangkala lebih sedih tak ada tisu.

Macam mana nak survive di dalam tandas yang tak ada paip air?
Pastikan bawa botol air kosong setiap kali berjalan. Letak dalam beg siap-siap.
Bawa juga wet tissue.
Isi air ke dalam botol di sinki tandas hingga tahap maksimum botol tu sebelum masuk ke tandas. Kemudian guna la dengan bijak dan cermat.

Sepanjang berada dekat sana, tak pernah la nampak kaunter kutip duit sebelum masuk ke tandas. Memandangkan majoriti rakyat Korea tidak menggunakan air ketika di dalam tandas, maka tandas mereka sentiasa bersih dan kering, kecuali ketika musim salji atau hujan la.

5. Shopping
Kalau shopping di pasar, cuba tawar harga. Bila penjual dah kasi harga yang diminta tu, silalah beli. Kalau tak bernasib baik, penjual tu akan marah. Peniaga Korea tak suka pembeli yang tak serius.

Sebelum pergi shopping, senaraikan barang-barang yang wajib beli dan orang-orang yang nak belikan cenderhati. Sesudah beli, catat la takut terlupa duit tu lesap dekat mana.

Bila beli barang di kedai, simpan resit untuk claim tax refund di airport. Tanya juga dekat kaunter kedai barang yang dibeli tu, ada resit spesifik untuk claim tax. Tax ni biasanya untuk warganegara saja, pelancong tak dikenakan, sebab tu kita boleh claim balik di airport nanti.

Untuk perempuan, barangan yang sesuai diborong adaah barang kosmetik. Ada yang harganya tiga kali ganda murah daripada di Malaysia.

Kalau cenderahati pula, biasanya beli key-chain, fridge magnet, ketip kuku, penanda buku dan lain-lain. Ada juga yang beli sudu korea sebab sudu mereka unik, lebih panjang daripada sudu biasa. Dan juga tshirt “I Love Korea” untuk lelaki.

Kerongsang atau brooch juga boleh jadi pilihan untuk dibeli. Kain cotton juga murah, harga dalam 10,000 won untuk empat meter. Boleh baca part 2 untuk tahu dekat mana ada jual.

Moga perkongsian ini dapat beri manfaat. Kalau nak tau lebih lagi, buku I’am a backpacker: Korea sangat la disarankan untuk beli sebagai panduan ke sana. Apa-apa pun, banyak kan membuat research sebelum ke tempat yang kita nak mengembara. Tu la tips paling penting.

Wallahualam. Assalamualaikum.

To be continue to next country. insyaAllah hope so.

Balik Malaysia dapat duduk tepi tingkap.
semestinya orang yang dapat duduk tepi tingkap ni akan ambik gambar sayap kapal terbang kan ^.^

Annyeongg Korea.
InsyaAllah kalau umur panjang datang lagi, mungkin musim lain pula.

Monday, 8 February 2016

Travelog musim winter di Bumi Korea (Part 2)

بِسْــــــــــــــــــم اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepadaNya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.”
[Surah Al-Mulk; Ayat 15]

Untuk entry ke dua selepas entry pertama, boleh klik di link di bawah.
Entry pertama ini lebih berkisah perjalanan sebelum ke Korea. Dan untuk entry kedua ini pula lebih berkisah perjalanan sepanjang berada di Bumi Korea. Tempat-tempat yang kami lawati dan makanan kami makan di sana akan diselitkan dalam entry kedua ini.

Selepas 6 jam lebih di flight, sampai pun akhirnya di Incheon Airport dalam pukul 8 lebih pagi. Excited kut, tengok skrin selamat datang, suhu cecah -16 celcius.
Anyeonghasayo Korea !!
Lepas turun dari flight, kena naik subway ke tempat imigresen. Kat sini panggil subway macam kereta api dalam terowong bawah tanah. Dah sampai, kena settle bahagian cop passport dan hantar arrival card dekat pagawai sana. Siap semua barulah ambil luggage masing-masing.

Sampai-sampai ja, kami whatapps Bashe, tourist guide kami. Dia dah tunggu dekat tempat yang dijanjikan. Lepas dah jumpa, dia suruh kami bawa keluar dan pakai winter coat yang tebal tu. Suhu cecah -16 celcius. Hari paling sejuk.

Pasal sim card dengan Wifi internet, kami tak beli atau sewa pun. Dekat hotel ada ja free Wifi. Lagi pula dekat Korea ni pangkalan internet murah, rata-rata ada pangkalan internet free. Bashe pun ada bagi portable wifi kat kami bila dia lepaskan kami dekat tempat lawatan, kalau dah puas habis lawat, on wifi tu dan terus whatapps dia. Tu yang untung ambil tourist guide. Semua benda dia guide.

Keluar ja dari airport, perghh memang sejuk betul la. Semua excited. Cakap-cakap keluar asap dari mulut.
Kat luar kami tunggu bas untuk ke hotel.
Naik bas nombor 6002. Setiap daripada kami dapat kad T-money. Kad T-Money lebih kurang kad Rapid di Malaysia.
Harga kad ini sekitar 3,000 won. Kemudian, top-up la nilai dalam kad ini.
Tapi tourist guide kami dah settle semua benda-benda ni.
Kad ni boleh guna untuk menaiki subway, bas, teksi pun boleh juga tau
Rata-rata penduduk ni guna kad ni saja untuk naiki transport sini. Tak da la kena tunggu keluarkan duit untuk bayar sorang-sorang. Efesien kan. Untuk pengetahuan, pengangkutan di Seoul adalah pengangkutan awam terbaik di dunia.
Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Shinchon Hostel

Sampai ke hostel untuk check in..
Sementara tunggu, Bashe minta kami request tempat nak pergi selain dalam itinery.
Dia bagi masa untuk kami cari dulu dalam website mana-mana.
Masa tu tak boleh check in lagi, awal lagi untuk check in. 
Jadinya kami tinggal beg dan pergi keluar jalan-jalan dulu.

Day 1
Itaewon Street
Itaewon Mosque
Namsan Tower
City Hall

Itaewon
Kalau nak tau, itaewon adalah satu-satu nya tempat Muslim dekat Seoul ni. Kalau nak beli daging atau ayam mentah yang halal, beli dekat sini.

Sedikit pengenalan waktu operasi kedai-kedai kat Seoul ni buka pukul 11 pagi dan tutup awal pukul 8/9 malam. Awal kan tutup. Malam kat sini dah start pukul 5 lebih macam tu dah.

Setelah sampai, kami dibawa makan ke restoran ‘Makan’
Antara restoran yang menghidangkan menu asli Korea yang halal dan berasaskan daging. Bashe suruh kami order daging atau ayam kat sini, sebabnya lepas ni mungkin tak kan dapat makan makanan berasaskan daging dah.



Sesudah makan, tinggal beberapa minit ja lagi nak masuk waktu zuhur,
Bashe bawa kami ke Masjid Itaewon, antara Masjid paling besar di Seoul.
Bashe pernah share, kalau nak solat jumaat kat sini semua kena datang sini. Sebab sini lah salah satu nya masjid. Tapi masjid ni jauh dari kampus, kalau ada kelas atau kerja hari jumaat terpaksa berkejar-kejar. Sebab tu kebanyakan muslimin kat sini solat jumaat sendiri atau Jemaah sesame depa. Tak guna mazhab syafie yang perlu kan sekurang-kurangnya 40 orang jemaah.

kat sini kami solat jama’ dan qasar, zuhur asar terus.
Seronok dapat lihat kaum muslim kat sini. Memang kena kuat la ada dekat Korea yang kaum minoriti kat sini. Kena bijak dalam menjawab soalan-soalan tentang islam yang akan ditanya.
Banyak juga tourist guide kami bercerita masyarakat sini. Di samping berjalan, dapat juga tambah-tambah pengetahuan mengenai masyarakat sini kan.

Namsan Seoul Tower
Usai sahaja solat, Bashe bawa kami ke Namsan Tower
Naik subway ke stesen Chungmuro. Jalan ke hentian bas dan kemudian naik bas Namsan 02 atau 05.

Tempat ni terletak atas bukit. Kalau tengok cerita Boys Over Flower, memang tempat ni famous. Dari tempat ni boleh tengok semua view Seoul. Memang padat susunan bangunan Seoul





Tempat ni terkenal dengan pagarnya yang penuh dengan kunci mangga. Kami gantung keychain kat sini, konon sebagai kenangan la datang sini. Tu pun afifah terpaksa berkorban keychain bantal dia setelah dipaksa oleh kami. Haha

 
Tempat ni dah la terletak atas bukit. Datang hari paling sejuk. -16 celcius. Memang menggeletar habih la atas tu tahan sejuk. Bashe bagi masa sejam lebih kat sini. Kalau nak lebih masa boleh minta lagi. Masa ni memang tak tahan sejuk sangat. Tangan kebas, muka habih merah kena angin sejuk yang mencucuk-cucuk kami. Orang lain releks ja tengok. Walau suhu sejuk, tapi ramai ja yang keluar jalan-jalan. Kami ja over menggeletar tahan sejuk.

City Hall
Destinasi seterusnya City Hall. Kalau ikutkan destinasi ni tak ada dalam itinery. Kami request nak main skating. Konon pandai main la.
Tempat ni famous juga, running man pernah main kat sini.
Kalau musim sejuk, outdoor ice-skating ring ada la kat sini. Bayaran hanya 1,000 won(RM3) untuk sejam. Kalau kat Malaysia mahal juga. Dalam puluh-puluh ringgit rasanya.
 
tengok betapa specialnya dapat helmet. Penjaga tu ingat aku ni budak-budak. tu yang dapat helmet special tu. huhu

Kalau ada nampak gambar kami 4 orang sekali dalam gambar tanpa selfie, Bashe la yang banyak tolong ambikkan gambar. Dia dah jadi macam abang kami ja layan karenah budak-budak kami.

Habis lawat tempat harini, balik ke hostel check in bilik. 2 orang satu bilik. Bilik selesa habih la. Kami 4 orang, kiranya 2 bilik la check in. tapi lepak, makan, bincang-bincang dah macam bilik kami 4 orang untuk 2 bilik ni.

Malam aktiviti sendiri, boleh keluar jalan-jalan. Malam tu kami keluar beli barang kat 7E ja la. Konon nak jalan jauh. Keluar sekejap tak tahan sejuk dah.

Day 2
Gyeongbokgung Palace
Insadong Culture Street
King Sejong
Cheonggyecheon Stream
Ewha Women’s University

Gyeongbokgung Palace
Selesai sarapan di hostel, kami bertolak ke istana Gyeongbokgung naik subway ke stesen Gyeongbokgung. Bayaran masuk 3,000 won. Tapi semua settle dalam pakej sekali.



Istimewa nya istana ni, Gyeongbokgung adalah istana yang paling besar dan famous antara semua istana di Korea. Istana Gyeongbokgung istana tertua pada masa Dinasti Joseon di Seoul. Istana yang ada sekarang dijaga dan dilestarikan di atas tapak asal. Istana ni masih gah berdiri di tengah kotaraya Seoul. Kalau tengok sekeliling luar istana ni penuh dengan bangunan-bangunan tinggi.
 


Kalau datang awal pagi dapat tengok upacara tukar pegawai “changing Guard Ceremony” boleh bergambar dengan pegawai sini. Muka pegawai serious sangat. Tak senyum tak gelak. Tegak ja berdiri. Sekali pandang Nampak patung ja tengah berdiri tegak.


Selesai lawat, Bashe bawa pergi makan tengah hari kat satu tempat ni.
Tiap kali makan, Bashe akan bagi pilihan makanan yang boleh dimakan saja. Aku suka makanan orang korea. Healthy sangat. Masakan kurang berminyak, makanan bersup. Setiap kali makan kat kedai, akan dihidang side dish. Side dish ni nak tambah berapa kali pun boleh. Kimchi salah satu side dish yang wajib tiap-tiap kedai makan.
Dan aku paling sukanya, setiap kali datang kedai makan sini, air kosong akan dihidangkan percuma. Air kosong la bagus, tak manis. Bonus lagi, tak yah order air lain dah dan save budget kat situ.


Insadong culture street
Insadong ni famous nya dengan barang-barang handymade.
Kat sini jalan-jalan cuci mata dan beli barang sikit. Harga pun not bad la. Berbaloi la dengan handymade kan.
 
Pokok ni comey sangat. Beli satu sebagai kenang-kenangan.
Padahal ada ja kat Malaysia. Pencinta pokok ja paham

King Sejong di Gwanghwamun
King Sejong adalah raja yang dipotretkan wajahnya dalam wang kertas 10,000 won. Dalam duit kertas korea, lain mata wang, lain tokoh yang dipotretkan. Kiranya tokoh yang dipotretkan ini sangat berpengaruh sampai wujudnya dalam wang kertas la kan.
King sejong ini lah raja yang mencipta tulisan-tulisan korea.
Muzium King Sejong terletak di tengah-tengah Bandar Seol.


Sepanjang kat sini kami banyak berjalan ja.
Orang-orang sini pun kebanyakan daripada mereka memilih untuk berjalan kaki. Suka tengok depa berjalan. Laju kut. Kalau tanya students sini, depa pun dah terikut-ikut untuk berjalan laju.

Cheongyecheon Stream
Tempat ni ada sungai dan air terjun buatan manusia terpanjang di Korea, iaitu lebih kurang 8 km. Boleh nampak la air terjun ni dah beku. Sejuk sangat sehingga air yang mengalir pun mampu membeku. Suhu masa tu -13 celcius. Kurang sikit dari hari pertama sampai. Suhu pun sejuk kalah peti ais kat rumah. Mana la tak beku. Huhu.
 
Cantik tempat ni. Kalau ada event, mesti ada hiasan cantik-cantik sepanjang kawasan ni.

Puas berjalan, langit pun makin menggelap.
Bashe bawa pergi makan dekat kedai makan jepun. Aku rasa kenyang ja sebab baru ja kut rasa makan. Tapi dah ada kat sini bukan selalu nak rasa makanan sini. Bashe bawa kami makan dan dia terus balik. Aktiviti lepas ni bebas nak buat apa.
 



Tiap kali pergi kedai makan, aku suka tengok hiasan dalaman kedai-kedai makan. Tak kira dekat mana-mana.tempat Malaysia sekali pun. Comey ja hiasan restoran ni. Ada bunga-bunga sakura.

Selesai makan, kami pun sepakat nak jalan-jalan sekeliling dulu sebelum balik hostel. Tempat yang kami tinggal ni area Shinchon berdekatan dengan Ewha Women’s University. Kedai-kedai shopping pun banyak area sini. Kosmetik, beg, baju, kasut banyak la area sini. Untuk hari ni kami jalan survey-survey barang dulu, hari last baru datang balik shopping. Sebab dekat dengan hostel kami dan boleh datang balik kalau nak beli.

Ewha Women’s University
Dah alang-alang berjalan kawasan ni, apa lagi, kami pun masuk la kawasan universiti ni. Jujur, cantik sangat bangunan-bangunan universiti ni. Nampak mewah. Bangunan berkaca-kaca. Rancangan running man pun pernah buat kat sini.


 
Kuat pula kaki ni berjalan keliling university ni, naik turun tangga. Dah tau lenguh tapi nak jugak berjalan kan.

Dah puas hati berjalan, balik hostel kami buat postmortem. Hee.
Rancang budget semua nak beli apa, survey tempat lagi untuk request ke bashe.
Tiap-tiap malam lepas habis berjalan mesti akan ada postmortem sesama kami.
Perancangan budget tu lagi la penting. Lebih-lebih lagi esok tu kami nak pergi tempat untuk shopping cenderahati.

Day 3
Namdaenum
Myeongdong
Gwangjang
Dongdaemun History and Culture Park

Untuk hari ketiga ni memang cukup bertuah. Hari yang kami dapat lihat salji turun depan mata. Turun dapur, tengok pintu keluar nampak salji turun. Excitednya kami ni !! Baru tanya bashe pasal salji tak turun ka. Bashe kata kat seoul memang jarang salji nak turun. Dan memang jarang orang datang sini dapat lihat depan mata salji turun. Alhamdulillah memang rezeki kami la merasa salji turun. Seronok sangat sampai tak layan perut tengah lapar. Semua jadi jakun dapat main salji. 

Untuk hari ketiga ni lebih kepada pergi ke tempat-tempat untuk beli barangan souvenir dan shopping. Sebelum pergi shopping, senaraikan barang-barang yang wajib beli dan orang-orang yang nak belikan cenderahati. Dengan berbuat demikian akan jimat banyak masa.

Namdaenum Market
Pasar di Seoul yang paling popular dalam kalangan pelancong. Tempat paling senang dan banyak untuk cari souvenir. Ada banyak bahagian di pasar ini, termasuk bahagian baju baby, kerongsang, barang dapur, dan banyak lagi barang boleh di beli di sini.
Tempat yang bashe bawa untuk kami beli, memang antara tempat yang murah beli souvenir. Kalau banding dengan tempat lain pun tak murah macam tempat dia bawa. Kira berbaloi la ada orang guide semua tempat.
Mata pun dah jadi bling-bling rambang mata nak pilih. Semua cantik-cantik.

Myeongdong
Antara pasar yang terbesar dekat sini. Orang yang kaki shopping memang sesuai datang sini. Kat sini juga paling banyak kedai kosmetik. Tips shopping kat seoul, beli la kosmetik banyak-banyak. Harga kat sini lebih murah dibandingan dengan negara kita. 
Walaupun mata wang Korea agak mahal kalau nak convert ke RM, tapi harga barangan di sana amat berpatutan dan kualiti barang pun memang terbaik.

Sampai myeongdong kami lunch dulu. Tempat yang dibawa Yooganae.
Tempat ni terkenal dengan nasi goreng seafood. Istimewanya restoran ini, pekerja restoran akan masak nasi goreng di hadapan pelanggan.
 


Habis makan Bashe lepas kami sejam lebih kat sini, tapi kami request lebih masa sebab nak solat lagi. Untuk solat kat sini, tak ada surau. Ni la yang mencabarnya, tapi pengalaman sangat. Nanti aku share entry seterusnya untuk entry tips survival kat sini.
 

Gwangjang
Tempat ni sebenarnya tempat request kami. Kami request nak beli kain cotton korea. Bashe pun bawa la tempat yang padan dengan request kami tu.

Pasar Gwangjang ni pasar pertama di Korea. Walaupun dah lama dibuka, tapi masih menjadi tumpuan pelancong. Kalau jalan-jalan tengok tempat ni mesti nampak orang-orang veteran kat sini. Tempat utama untuk cari kain cotton atau sutera.
Harga kain cotton kat sini dalam linkungan 10,000 won (RM30+) untuk 4 meter. Pernah nampak kat Malaysia ada jual. Mahal kut diorang jual.

Dongdaemun Market
Harini seharian kut shopping. Sambil jalan-jalan tu, catatla apa yang dah beli. Takut nanti tak perasan duit dah lesap habis guna. Haha.

Pasar Dongdaemun ni sesuai untuk shopping pakaian, tak kira laki atau perempuan. Tapi tak sesuai untuk beli souvenir sebab tak banyak pilihan. 

Yang seronok masa singgah beli baju untuk anak sedara kami, ada satu Ajushi ni, dia seronok sangat raikan kami, dia kata hari ni hari Happy Day untuk dia. Dia dapat cucu. Siap tunjuk lagi video cucu dia yang baru lahir kat kami. Happy nya dia sampai minta nak selfie dengan kami.

Sepanjang kami kat sini, seronok tengok pekerja-pekerja sini layan pelancong macam kami. Boleh gagah juga cakap “apa khabar” dalam dialek depa sendiri bila tahu kami ni orang Malaysia. Ada juga perkataan lain yang diorang cakap dalam bahasa Malaysia. Respect sangat depa ni. Sangat meraikan. 

Dongdaemun History and culture park

Ada sebuah bangunan moden yang berbentuk seperti UFO. Tempat ni cantik la ambil gambar. Masa ni pun dah letih berjalan dah la kut.



Untuk dinner Bashe bawa kami makan di Gosami. Restoran ikan bakar ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan dari Malaysia. Ikan bakar memang terbaikk la. Sedap. Habih licin makan. Sambal sotong pun sedap. Tapi agak pedas. Sarah dengan nadia memang peminat pedas. Mulut duk kata pedas, muka merah habis, tapi boleh lagi suap masuk mulut sebab sedap sangat.
 

first time tangok nadia makan licin macam tu

licin kami kerjakan
alhamdulillahhh. sedappp

Balik hostel rehat sambil menikmati strawberi 6,000 won ada 24 biji. Manisss ja rasanya.

Day 4
Nami Island
Harini Bashe ada hal. Jadinya dia minta kawan dia guide kami. Ayu namanya. Orangnya pun ayu. hee. Ayu ni lagi muda kut daripada kami. Tapi kami ja nampak tak matang. hoho.

Hari ni seharian kami berada di Nami Island. Satu-satunya tempat yang luar dari Seoul kami pergi. Rasanya Nami Island agak famous dan ramai orang tahu tentang tempat ni, tempat pengembaraan drama popular Winter Sonata. Disebabkan lokasinya agak jauh dari Bandar Seoul yang sibuk, tempat ini amat tenang dan damai.
Cara nak ke sini kami naik kereta api. Perjalanan dalam masa sejam macam tu la.
Naik kereta api ITX Gyeongchun Linedari Yongsan Station dan turun di Gapyeong.
Dari Gapyeong naik teksi ke Nami Island. Untuk lintas ke Pulau Nami sana, kami kena naik feri ke sana. Nampak la air pun dah jadi beku, nampak iceberg.

 
Nampak ja cahaya matahari terik. Tapi jangan tertipu. Sini sejuk sangat


Hebat betul korea macam mana depa promosikan negara ni ke peringkat dunia. 
Melalui filem dengan drama ja. Setiap penjuru tempat ni ada dalam drama winter sonata. Memang cantik la tempat ni.


 

Batu bata keliling ni diperbuat daripada ais.



Acah-acah Winter Sonata




Air pancut belakang tu pun dah beku jadi ais

Sebenarnya kami berdiri atas tasik tau.
Air tasik ni jadi keras, kami boleh berjalan-jalan atas ni.

Untuk lunch, ayu bawa kami ke Drama Café. Menu yang terkenal di sini adalah “nasi goncang”. Pakai sarung tangan yang disediakan dan goncang bekas tu.


Mengenai tempat solat sini, Alhamdulillah ada di sediakan surau di bangunan Nami Library.

Seharian kami berada di sini. Petang balik naik ITX.
Untuk dinner pula, ayu bawa kami makan mee dengan pizza. Tak ingat nama kedai apa. Tapi memang sedap makanan sini.

 

Dalam perjalanan balik, kami beli street food. Minta tolong ayu tunjukkan makanan mana boleh kami makan kat sini. Beli bawa balik makan kat hostel.

Day 5
Namsan Hanouk Village
Ttukseon Hangang Park
Han River Park
Cat café, shinchon

Hari kelima ni Bashe minta kami request tempat nak pergi. Kalau tengok dalam itinery memang tak dalam list tempat-tempat ni.

Namsan Hanouk Village
Dekat sini boleh tengok rumah-rumah tradisional Korea yang dipanggil “hanok”, terletak di tengah Bandar Seoul. Rumah-rumah replika di sini mengikut binaan asal rumah-rumah orang ternama zaman raja dahulu kala.
Ada banyak permainan tradisional di luar kawasan lapang.





Selesai lawat rumah-rumah tradisional sini, Bashe bawa kami makan dekat-dekat area situ juga.
Seperti biasa, makanan bersup penuh dengan sayur-sayur yang healthy.

Ttukseon Hangang Park
Kalau musim sejuk, outdoor ice sledding akan diadakan di sini. Aktiviti kat sini main ice sledding ja la dekat sini. Kami kena solat dekat sini. Next entry insyaAllah akan dikongsikan tempat-tempat macam mana kami pilih untuk solat.
 



Han River Park
Han river ni bersebelah ja dengan Hangang Park. Bashe lepas kami di Hangang Park sampai pukul berapa ja tak kisah. Kalau dah puas whatapps dia saja.
Puas main ice sledding, kami keluar jalan kaki ke Han River Park.
 
Han River ni antara sungai paling penting di Korea.  Sungai ni bersih, sedap mata memandang. 
Nak dekat akhir-akhir bulan februari ni suhu makin kurang sejuknya. Segar ja bila angin tiup. Tak macam awal-awal sampai sebelum ni. Angin mencucuk-cucuk sejuk sangat.

Dekat sini akan nampak orang Korea bersenam di taman ini, terutamanya warga emas. Ada nampak ahjumma-ahjumma lambai-lambai kat kami. Ramah sangat depa ni.

Cat Cafe, Shinchon
Bila dah puas jalan keliling kawasan ni, kami pun whatapps la Bashe.
Bashe tanya ada nak pergi mana-mana lagi tak? Kami request cat café ja la. 
Dekat seoul banyak cat café. Bashe bawa pergi cat café yang dekat dengan hostel kami, Shinchon. Kalau nak tengok kucing yang banyak dari tempat ni, boleh pergi di myeongdong. Tapi kena bayar la untuk masuk dan dapat free coffee. 
Konsep dekat cat café ni serious comey. Kat sini kami order coffee Mocha dengan Capuccino.
Buat peminat kopi, kopi kat cafe-cafe sini mostly insyaAllah boleh minum. 
Kalau dalam bekas seperti vending machine atau kedai 7E ada jenis tak boleh minum. Sebab ada sesetengah yang diperap.

 



Untuk dinner,Bashe bawa dekat sebelah hostel kami.
Terakhir kali jumpa Bash. Esok kami balik dan dia tak guide kami ke airport. Kami pun bagi la Maggie dengan biskut sebungkus,makanan lebih kami bawa ke sini sebagai hadiah.

Malam terakhir aktiviti bebas. Kami ada janji nak jumpa dengan kawan nadia yang belajar kat sini. Dia nak bawa pergi makan ABC Korea, snowflakes yang famous kat sini. Pukul 9 malam macam tu. Disebabkan kedai-kedai dekat sini tutup awal pukul 9, dia suruh kami shopping pusing-pusing dulu.
Lagi pun kami memang dah budget letak tepi barang-barang nak beli kat area sini lepas survey hari kedua yang lepas.

Pukul 9 lebih macam tu jumpa la kawan nadia. Norin dan jihan. Depa ni sangat la sporting. Ya Allahh. Pot pet pot pet macam-macam kami sembang. Survival kat sini memang kena kuat lagi-lagi depa ni minoriti muslim dekat sini.
Seronok kenal depa ni. Yang paling terharu, siap belanja kami semua ni kut. Ingat nak kongsi-kongsi duit ja. Dah la beli macam-macam makanan kat kami. Jadi serba salah la pula jadinya. Tapi tu la, itu lah cara orang meraikan kehadiran kawan. Kalau kami berada tempat depa pun, mungkin kami akan berbuat benda yang sama juga. 
Sulbing.
Ya Allah sedap sangat. Ais dia halusss, lembuttt sangat.
Terharu sangat dengan depa ni.

Day 6
Incheon Airport

to be continue....entry seterusnya berkenaan dengan tips survival. 
kalau ada persoalan boleh pm. insyaAllah akan tulis next entry.