Saidina Ali pernah
berkata :
“Keluarlah dari
negara (yang didiami) bagi mencari sesuatu yang berharga. Bermusafirlah kerana
bagi musafir itu lima kelebihan : Terlepas daripada kerumitan, dapat
meningkatkan kualiti hidup, kaya dengan ilmu dan pengalaman, pengetahuan luas
tentang adab dan budaya serta mendapat ramai kenalan.”
Musafir bukan sekadar hanya mencuci mata, namun sebenarnya
ingin “mencelikkan” mata akal dan mata hati seorang manusia yang mengembara.
Tujuannya agar “kedua-dua mata“ kita lebih terang menyuluh perjalanan kehidupan
manusia yang samar-samar ini sehingga kita mampu membezakan mana yang hak dan
batil, mana satu perintah dan larangan daripada Allah.
Entry kali ini sambungan bagi entry pertama dan kedua yang
lepas. Boleh klik link di bawah untuk Part 1 dan Part 2
Untuk entry ketiga ini lebih berkisah tentang tips-tips
survival sepanjang berada di bumi Korea. Tips-tips yang diberi ini berdasarkan
pengalaman sendiri dan juga dari hasil pembacaan buku I’m a Backpacker :
Korea. Buku ni sangat berguna sebagai panduan untuk ke sana. InsyaAllah akan dikongsikan serba sedikit tips tersebut.
Buku ni sangat berguna. Merata-rata kami bawa dan rujuk
sepanjang ada di sana.
Kepada sesiapa yang jarang travel, mungkin agak sukar untuk
adapt budaya di sini sebab ada budaya masyarakat Korea yang berbeza dengan
budaya kita, terutamanya dalam bab makanan. Tetapi jangan risau sebab perkara
beginilah yang akan membuatkan kita enjoy travel.
1. Makanan
Itaewon street adalah tempat yang
paling senang untuk cari restoran atau kedai makan halal.
Kalau kedai makan selain Itaewon,
pilihan makanan yang Bashe bagi kami pilih biasanya makanan bersayur atau
seafood.
Kalau nak tahu, majority orang
Korea makan makanan pedas. Kadang-kadang makanan korea lagi pedas daripada
masakan Melayu. Sungguhh..
Street Food
Street food ni macam makanan yang
jual kat tepi-tepi jalan macam tu la.
Kalau Malaysia contoh macam goreng pisang,
keropok lekor macam tu la.
Kalau kat Korea ada juga street
food dia, tetapi kita sebagai orang Islam perlu berjaga-jaga juga. Tak semua
street food di Korea kita boleh makan.
Tapi sekarang kedai makan dekat
korea ke arah memperluaskan makanan halal. Sampai satu tahap tu, babi pun depa
nak sembelih. Dekat masjid Itaewon tu memang akan ada la soalan-soalan
penerangan tentang ni.
Nampak kan cabaran-cabaran nak
kembangkan Islam kat sana. Nak jawab soalan-soalan non-muslim kat sana pun kena
get ready la.
Berikut senarai street food yang
kita boleh makan dan kami dah try kat sana.
Odeng
Fish cake yang dicucuk dengan
lidi. Harga dalam 1,000 won sebatang. Fish cake ni makan dengan kuah. Rasanya sangat
sedap. Makan satu cucuk tak kan cukup. Tapi kalau nak makan merasa ok la.
Hottok
Macam pancake. Roti kacang manis.
Harga dalam 1,000 won sekeping. Ni kami beli masa dekat Nami Island
Kyeran-Pang
Roti telur. Roti dia rasa
manis-manis, dalam ada telur rebus. Harga dalam 1,000 won sekeping
Tteokpokki
Rice cake dengan sos pedas.
Sepinggan dalam 3,000 won. Agak pedas, haritu rasa sikit ja, sebab aku bukan
lah jenis makan pedas sangat. Ada sesetengah tak halal, Bashe kata kalau dalam
tempat masak depa tu ada warna hitam-hitam, tak boleh makan la tu. Kalau merah-merah dalam tu boleh la.
Ojingo
Sotong bakar. Liat-liat sikit dan
manis rasanya. Harga dalam 3,000 won. Hurin dengan jihan yang belikan dekat
kami haritu. Tak sempat ambil gambar. Google ja la noh.
Lain-lain
Makanan ringan boleh didapati di
kedai 7-Eleven, GS24 dan C4U
Susu
Harga dalam 1,000 ke 1,300 won berdasarkan
perisa. Ada perisa pisang, strawberi, honeydew, susu. Kami borong 10 botol bawa
balik sini. Orang panggil banana oyu
Kopi
Kena hati-hati juga beli kopi
dalam bekas kat sana. Ada yang kita tak boleh minum sebab diperap. Peminat kopi
mesti nak sangat try kopi sini. Masa tu memang ngidam sangat, nasib ada ayu
tolong tunjukkan kopi mana boleh minum. Sedapp sangattt!!
2. Solat
Antara kewajipan kita sebagai
umat Islam adalah solat. Biar sakit sekalipun, kewajipan solat tak kan terkecuali.
Apatah lagi kalau kita yang sedang di oversea, bercuti-cuti dalam keadaan
fizikal sihat walafiat ni kan.
Di sini, akan dikongsikan
pengalaman nak solat ketika berada di negara majoriti rakyatnya bukan beragama
Islam. Malah ada yang tak tahu apa itu Islam.
Tempat lawatan yang ada
surau/Masjid
Masjid Itaewon
Satu-satunya masjid yang terdapat
di Seoul. Kalau singgah di kawasan Itaewon, boleh la solat dekat masjid ni.
Nami Island
Tingkat dua di bangunan Nami
Library. Tempat wuduk turut tersedia.
Dan jangan expect semua tempat
lawatan akan ada surau. Korea tak seperti Malaysia, kat stesen minyak ada
surau, kat shopping kompleks ada surau. Korea tak macam tu. Tapi sekarang orang
islam di sana sedang memperjuangkan tempat untuk solat. InsyaAllah moga Allah
mudahkan usaha mereka.
Tempat yang boleh dijadikan
tempat solat di Korea
Jangan lupa download siap-siap
apps kiblat dalam smartphone
Bilik persalinan Baju
Masa di myeongdong, kami kena
cari kedai baju dan masuk solat di bilik persalinan baju. Tapi jangan
ramai-ramai tunggu nak solat. Kang tak pasal kena halau.
Tangga
Solat di tangga kecemasan, di
mana tidak ramai orang lalu-lalang. Dinasihatkan untuk tidak solat
berseorangan, at least kena ada seorang yang jaga.
Taman
Masa kami di Hangang park, ada
satu khemah besar untuk changing clothes. Khemah tu ada kerusi meja dan tak ada
orang. Kami solat kat situ selang-selang. Kena ada orang untuk perhatikan
keadaan.
3. Wuduk
Faham-faham ja la kalau kita
solat di tempat awam, semestinya kena berwuduk di tandas. Rakyat korea suka
tandas mereka kering, jadi dinasihatkan supaya jangan gunakan banyak air.
Ketika mencuci bahagian kaki, tak
perlu angkat kaki ke singki. Sebaliknya, isi air ke dalam botol, kemudian masuk
ke tandas dan basuhlah kaki macam biasa basuh ketika berwuduk.
Mesti ada yang tertanya-tanya,
cuaca sana dah la sejuk, negative celcius. Air tak sejuk ka? Kena tayamun ka?
Sebenarnya dekat korea ada air
paip yang dual function. Ke kanan air sejuk, ke kiri air panas. Suhu air paip
kat sana boleh kawal, tapi ada sesetengah tandas yang tak ada paip dual
function ni. Tapi takpa, tahan la kejap sejuk tu.
4. Tandas
Sungguh bersuci itu penting.
Hilangkan bau, warna dan rasa. Buat kita rakyat Malaysia, sudah terbiasa
istinjak dengan air. Tapi majoriti tandas awam di Korea tidak mempunyai air
paip. Apa yang ada? Yang ada hanya tisu dan kadangkala lebih sedih tak ada
tisu.
Macam mana nak survive di dalam
tandas yang tak ada paip air?
Pastikan bawa botol air kosong
setiap kali berjalan. Letak dalam beg siap-siap.
Bawa juga wet tissue.
Isi air ke dalam botol di sinki
tandas hingga tahap maksimum botol tu sebelum masuk ke tandas. Kemudian guna la
dengan bijak dan cermat.
Sepanjang berada dekat sana, tak
pernah la nampak kaunter kutip duit sebelum masuk ke tandas. Memandangkan
majoriti rakyat Korea tidak menggunakan air ketika di dalam tandas, maka tandas
mereka sentiasa bersih dan kering, kecuali ketika musim salji atau hujan la.
5. Shopping
Kalau shopping di pasar, cuba
tawar harga. Bila penjual dah kasi harga yang diminta tu, silalah beli. Kalau
tak bernasib baik, penjual tu akan marah. Peniaga Korea tak suka pembeli yang
tak serius.
Sebelum pergi shopping,
senaraikan barang-barang yang wajib beli dan orang-orang yang nak belikan
cenderhati. Sesudah beli, catat la takut terlupa duit tu lesap dekat mana.
Bila beli barang di kedai, simpan
resit untuk claim tax refund di airport. Tanya juga dekat kaunter kedai barang
yang dibeli tu, ada resit spesifik untuk claim tax. Tax ni biasanya untuk
warganegara saja, pelancong tak dikenakan, sebab tu kita boleh claim balik di
airport nanti.
Untuk perempuan, barangan yang
sesuai diborong adaah barang kosmetik. Ada yang harganya tiga kali ganda murah
daripada di Malaysia.
Kalau cenderahati pula, biasanya
beli key-chain, fridge magnet, ketip kuku, penanda buku dan lain-lain. Ada juga
yang beli sudu korea sebab sudu mereka unik, lebih panjang daripada sudu biasa.
Dan juga tshirt “I Love Korea” untuk lelaki.
Kerongsang atau brooch juga boleh
jadi pilihan untuk dibeli. Kain cotton juga murah, harga dalam 10,000 won untuk
empat meter. Boleh baca part 2 untuk tahu dekat mana ada jual.
Moga perkongsian ini dapat beri
manfaat. Kalau nak tau lebih lagi, buku I’am a backpacker: Korea sangat la
disarankan untuk beli sebagai panduan ke sana. Apa-apa pun, banyak kan membuat
research sebelum ke tempat yang kita nak mengembara. Tu la tips paling penting.
Wallahualam. Assalamualaikum.
To be continue to next country.
insyaAllah hope so.
Balik Malaysia dapat duduk tepi tingkap.
semestinya orang yang dapat duduk tepi tingkap ni akan ambik gambar sayap kapal terbang kan ^.^
Annyeongg Korea.
InsyaAllah kalau umur panjang datang lagi, mungkin musim lain pula.








No comments:
Post a Comment