Saturday, 6 February 2016

Travelog musim winter di Bumi Korea (Part 1)

بِسْــــــــــــــــــم اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.”
[Surah Al-Hajj; ayat 46]

Banyak ayat-ayat Allah dalam Quran yang menggalakkan kita jelajahi bumi ini untuk kita berfikir dan merenung penciptaan Nya yang luas ini.
Kalau dilihat kita dalam peta dunia, sungguh kerdilnya, ada lagi muka bumi yang belum kita jelajahi.

Demi untuk menyahut seruan Allah ini, maka bermulalah perancangan kami untuk pergi menjelajah. Lagi pula, memang sejak dulu pernah simpan cita-cita untuk jelajahi seluruh dunia. insyaAllah.

Baru-baru ni pemergian kami ke bumi sonata Korea, ramai yang pm minta itinerary, budget dan serba sikit perkongsian perantauan kami. Maka untuk memenuhi permintaan tersebut, wujudlah penulisan ini untuk cerita serba sedikit perjalanan kami.

Bagi tidak memeningkan para pembaca untuk baca trip kami ke sana, entry perjalanan kami ke sana akan dibahagikan kepada beberapa entry, sebelum dan semasa. Dan untuk entry ini, aku akan update tentang perancangan kami sebelum ke sana.


Kenapa Korea? Bagaimana terpanggil untuk ke sana? Minat K-pop ehh…
Macam-macam soalan terima sebelum ke sana. Kenapa? Al-kisah sebenarnya, kawan ada tanya, sapa nak ikut dia pergi travel? Dia tak mention pun tempat mana masa tu. Dengan cepat aku respon nak pergi. Lagi pula memang dah simpan impian nak travel. Dan masa tu Air Asia ada buat promotion ke sana.
Maka bermula lah perancangan kami ke sana. Perancangan sangat la awal, bulan 8 tahun lepas. Ya la, kami kan full time student, perancangan kena la awal. Sempat juga curi sikit masa untuk beli barang apa yang patut. Lebih-lebih lagi kami nak ke sana pada musim winter yang tak pernah ada musim pun kan sini.

Perancangan budget sangat la penting. Oh ya, cakap pasal budget, teringat nak bagitau, kami pergi ke sini ambil pakej sevice tourist guide. Private trip. Means antara kami saja, bukan ikut trip.
Untuk pertama kali macam kami ni, sangat disyorkan pergi ikut tourist guide. Al maklumlah bukan lidah korea dan tak faham korea. Bila ada yang guide, senang ada yang bawa pergi mana-mana tempat.

Ni itinerary yang kami dapat dari email. Yang deal dengan pihak sana semua Sarah.

Harga pakej semua RM2050
termasuk
penginapan (sangat selesa, bilik air,dapur semua ada),
pengangkutan,
makan (breakfast, lunch, dinner)
dan lain-lain boleh rujuk di atas.

Tiket flight tak termasuk,
Yang uruskan tiket flight semua afifah.
Harga untuk pergi dan balik, RM800 Air Asia
 
Budget untuk peruntukan shopping pula,
Sebenarnya peruntukan duit untuk shopping ni bergantung juga pada individu.
Kalau untuk individu yang ‘kuat shopping’ tukarlah dalam RM1000 (300,000 Won)
Kalau yang tak kuat shopping, tukar dalam RM500 (150,000 Won)

Sedikit perkongsian mengenai mata wang Korea Selatan
Mata wang Korea Selatan menggunakan Won (KRW).
Nilai mata wang kita bergantung pada currency semasa.
Kalau waktu ni, nilai mata wang 1,000 Won bersamaan RM3.70.
Bagi memudahkan pengiraan, anggap sahaja 1,000 Won bersamaan RM3.00

Formula senang ingat tukaran wang :
1. Bahagi nilai Won dengan 1,000
2. Darab nilai bahagi dengan 3

Contoh :
Harga sebuah beg adalah 10,000 Won
1. 10,000 won ÷ 1,000 = 10
2. 10 x 3 = 30
Maka, harga sebuah beg lebih kurang RM30

Kepada yang nak tahu lebih lanjut panduan-panduan backpacker ke Korea, aku sarankan beli buku I’m a backpacker : Korea disamping boleh check juga di website atau blog yang lain.

Aku dengan Nadia ada beli buku ni sebelum pergi sana. Kami dua ni banyak buat research mengenai Korea sebelum ke sana. Buku ni sangat berguna buat kami sebagai rujukan. Merata bawa sepanjang kat sana. 

Nampak tak kami saling bekerjasama uruskan perjalanan ni, Sarah deal dengan pakej, Afifah settle tiket flight, aku dengan Nadia research berkaitan dengan Korea. Ni la seronoknya backpacker dengan kawan-kawan. Saling melengkapi satu sama lain. Yang kurang kita cukupkan.


Ni torist guide kami, Bashe. Seperti yang sudah di mention sebelum ni.
Kami ambil service torist guide. Private dan hanya kami saja trip ni.

Mungkin ramai akan tanya.
Kenapa ambil pakej tourist guide?
Kenapa tak survive sendiri ja dekat sana?
Kan lebih jimat
Pemberian masa limited ka lebih free sikit?
Tak freedom?

Mai nak jawab kenapa dan apa untungnya bila ambil torist guide dekat sana.

Untuk pertama kali pergi sana, sangat disyorkan ada orang bawakkan sebabnya dekat sana kita tak tau keadaannya macam mana. Selok belok tempat. Nak berbahasa english dekat sana mungkin agak sukar sebab kebanyakan orang sana susah sikit nak speaking. Kalau nak tanya dalam english, kena guna ayat simple-simple ja. Contoh. How much? Discount?

Yang paling penting, bila pertama kali pergi sana, nak cari tempat untuk makan makanan halal. Kalau pergi sendiri, takut was-was pula. Kalau pergi dengan tourist guide, dapat juga bawa tempat makan yang sedap-sedap dan insyaAllah halal.

Bonus lagi, torist guide ni memang dah arif tentang Korea. 
Boleh tanya macam-macam soalan pasal korea kalau nak tau lebih lanjut.
Contoh nak tanya pasal masyarakat sini la, transportation, masyarakat islam yang minoriti kat sini. Macam-macam benda boleh sembang kalau nak tau lebih.
Lagipun aku datang sini bukan semata-mata nak huhahuha saja, sebenarnya ada lagi tujuan datang sini. Aku nak tau lebih lanjut sistem-sistem di Korea yang lain daripada Malaysia. Grab the opportunity wisely.
Dan bonus lagi, boleh minta tolong ambil gambar kami 4 orang. Ehemm. Haha. Saja ja main-main. Kami pun ada “tongkat sakti”

So far, pakej torist guide yang kami ambil ni memang puas hati. Tak da la pula rasa terikat dengan jadual. Siap ada minta kami request lagi tempat yang nak dia bawa. Masa nak lawat satu tempat tu pun boleh minta kalau nak lebih lagi.

Dan entry ni juga akan dikongsikan simple preparation ke sana. Barang-barang keperluan yang PATUT & WAJIB dibawa kalau nak ke Korea musim Winter. Tujuan list sini untuk mudahkan lagi kepada sesiapa yang ada perancangan nak ke sana.
Ni pun banyak refer dekat kawan-kawan dan dekat blog lain-lain juga. Cukup membantu. Make sure dalam list ni wajib dibawa tau.

PREPARATION TO KOREA (musim winter)

Barang keperluan musim sejuk
Disebabkan ni first time negara yang pergi musim sejuk, jadi semua pakaian dan keperluan musim sejuk wajib masuk dalam list ok
A) Apparel
Baju winter
Suhu dekat Korea masa kami pergi haritu paling sejuk -16 celcius. Hari paling sejuk kut kata Bashe. Beku tak beku.

Heattech @ Long John
Heattech @ Long John ni macam inner yang material yang keluarkan haba bila kita pakai. Tapi haritu aku haritu dah terlewat nak beli, depa yang lain semua beli. So, solusinya pakai baju tebal-tebal. 
Maybe ada yang tak tau atau 1st time tau, long john ni pakai untuk lapisan mana. Kalau musim winter, long john ni kena pakai untuk lapisan pertama, diikuti lapisan kedua dengan baju tshirt atau blouse (baju jalan-jalan senang faham), disusuli dengan lapisan ketiga ialah jaket@cardigan dan lapisan terakhir baju tebal winter tu.  Nampak banyak kut lapisan-lapisan nyerr. Haha. Sejuk suhu –ve kut.

Glove
Beli lah yang “antislip” yang boleh touch phone. Sangat-sangat penting glove ni tau. Sekali lagi. Sangat penting. Tapak tangan lah antara part badan yang selalu sangat sejuk. Kalau tak, bersedialah alami tapak tangan yang sangat lah kebas !! bukan takat kebas ja tau. Tapi kebas sakit sebab suhu sejuk sangat. Even nak tanggal sekejap pun dah rasa sat ja sejuk beku. Nak lipat tudung pun dah tak dapat rasa tu tudung. Haha. Seriously. Nak main salji. Konon nak rasa la pegang salji. Pastu rasa la kesakitan yang amat seperti dicucuk-cucuk pisau. Huhu

Stokin kaki
Stokin bawa yang tebal-tebal. Bawalah dalam 2-3 helai. Aku pakai 2 lapis tiap-tiap hari.

mafla/pashmina
Bila angin sejuk ni, boleh buat hidung tak selesa, berair dan pedih. Bagi yang kurang daya antibody, prepare siap-siap benda ni dalam beg bawa sana. At least boleh cover bahagian hidung. Jangan malu nak cover, kat sini rata-rata orang pakai cover hidung.

Kasut/Boots
Kalau pergi masa winter yang salji dah turun, better lah pakai sports shoes ataupun boots. Jangan nak mengada pakai flat shoes. Dekat sana, memang banyak habiskan masa untuk berjalan. Tak sesuai nak pakai flat shoes. Jalan pun ada yang licin.

B) Toiletries
Syampu, body wash, berus gigi, ubat gigi semua tu lah.
Sabun, syampu dan lain-lain letak dalam botol-botol kecil. Ada setengah hotel dekat sana yang dah sedia tapi bawa ja la in case tempat yang akan tinggal tak sediakan.

Lotion, lip balm @ vaselin
Bila pergi time cuaca sejuk, 3 benda ni sangatlah wajib kena bawa. Cuaca sejuk akan mengeringkan muka, bibir cepat merekah @kering  dan boleh menyebabkan kulit pedih bila terlampau kering dan sejuk.

Tissue, wet tissue, hand sanitizer, pad, panty liner

Botol kosong
Botol kosong kalau boleh kena lah sentiasa bawa letak dalam beg. Sebab dekat sana kalau nak pergi buang air, air paip tak disediakan, ada tisu ja semata-mata. Makanya bila rasa nak membuang air tiba-tiba, isi air dalam botol dekat sinki toilet dan boleh gunakan dengan bersih dan cermat. Lagi pula kita dah biasa istinjak gunakan air kan. Nak tak nak guna cara ni la. Ada sehari tu kami terlupa masukkan botol dalam beg, memang kena beli la air mineral. Nasib la ada kat mesin gedegang sana. 1,000 won macam tu ja guna. Huhu.

C) First Aid Kit
- Handyplast
- Minyak panas untuk gosok-gosok kaki time kebas ataupun lenguh-lenguh kat sana. Kat sana mostly banyak berjalan, kaki jadi lenguh dan sakit, tiap-tiap malam sebelum tidur aku akan gosok-gosok. Legaaa.
- Panadol
- Pil selsema (jenis tak mengantuk)
- Strepsils
- Vitamin C
Dan ubat-ubat keperluan kalau ada
Sebenarnya mungkin akan ada tak guna pun. Tapi in case kalau ada kecemasan. At least ada daripada tak ada langsung kan.
- Heatpack
Benda ni ada dua jenis. Satu yang jenis tampal dekat dalam baju, nanti akan rasa panas.
Satu lagi jenis bila kita genggam-genggam, akan panas dekat tapak tangan. Aku syorkan yang ni sebab part badan yang selalu sejuk tu tapak tangan la. Kalau kat Malaysia, ada yang kata boleh beli kat Daiso, tapi kat Korea pun ada beli kat 7E. aku beli kat sana ja, boleh tahan 2 hari panas dia. 7E tu dah jadi tempat keperluan kami ja beli barang-barang.

D) Food
Milo@Nescafe 3 in 1
Maggi
Mushroom sup
Biskut-biskut
Coklat bar/mar/snickers

Ni makanan sampingan boleh bawa in case kalau lapar. Bawa juga la coklat bar letak dalam beg kalau lapar boleh ngap makan. Cuaca sejuk kena makan banyak bagi panas sikit badan tu. Tingkatkan metabolisma badan.
Makanan memang kami bawa banyak. Luggage berat bawa makanan ja. Haha
Sarapan ada disediakan roti dengan telur. Ada ramen juga, tapi kami tak makan tu sebab ada ingredient yang tak boleh kami makan kut.
So, setiap pagi kami akan masak sendiri. Tempat yang kami tinggal tu ada kitchen. Dapur gas, air panas, pembakar roti, microwave, sudu, cawan, pinggan, mangkuk semua sedia dah.  Layan diri ja kat situ. Macam rumah sendiri.

E) Gadjet
Powerbank
Camera
Monopod
Charger
Battery spare
Extension
Dekat korea pakai suis 2 kaki jenis bulat. Beli siap-siap dekat Malaysia. Sebelum beli, check dulu kod negara yang nak pergi sebab ada banyak kod untuk adapter. Dekat belakang adapter pun ada tulis, kalau tak sure tanya sales assistant dekat situ. Kami kongsi-kongsi ja guna kat sini.


Maklumat tambahan
Masa kami dalam flight ke Korea, stiap orang akan dapat arrival card. Semua bahagian wajib di isi termasuk la "address in korea"
kalau bahagian tu kosong, kemungkinan pihak imigresen tak akan benarkan masuk ke korea. Kad akan dihantar masa nak cop passport di airport sana nanti. 
Maka, tempahlah penginapan awal-awal dan tanya nama tempat penginapan yang telah di tempah kepada agensi pelancongan.

InsyaAllah to be continued. Belanja gambar kami bertolak ke sana. 
Kami di airport KLIA2. Bertolak pukul 1 pagi. Flight ke sana ambil masa 6 jam lebih. Tidur ja sepanjang perjalanan tu. Subuh sembahyang atas flight. Tapi kena alert masuk waktu pukul berapa. Make sure tanya tourist guide masuk waktu pukul berapa kat sana.
Anyway, waktu kat sana awal sejam. kalau waktu Malaysia pukul 5 pagi, kat sana pukul 6 pagi.

No comments:

Post a Comment