“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka
berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan
hanya kepadaNya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.”
[Surah Al-Mulk; Ayat 15]
Untuk entry ke dua selepas entry pertama, boleh klik di link
di bawah.
Entry pertama ini lebih berkisah perjalanan sebelum ke Korea.
Dan untuk entry kedua ini pula lebih berkisah perjalanan sepanjang berada di
Bumi Korea. Tempat-tempat yang kami lawati dan makanan kami makan di sana akan
diselitkan dalam entry kedua ini.
Selepas 6 jam lebih di flight, sampai pun akhirnya di
Incheon Airport dalam pukul 8 lebih pagi. Excited kut, tengok skrin selamat
datang, suhu cecah -16 celcius.
Anyeonghasayo Korea
!!
Lepas turun dari flight, kena naik subway ke tempat
imigresen. Kat sini panggil subway macam kereta api dalam terowong bawah tanah. Dah sampai,
kena settle bahagian cop passport dan hantar arrival card dekat pagawai sana.
Siap semua barulah ambil luggage masing-masing.
Sampai-sampai ja, kami whatapps Bashe, tourist guide kami. Dia
dah tunggu dekat tempat yang dijanjikan. Lepas dah jumpa, dia suruh kami bawa
keluar dan pakai winter coat yang tebal tu. Suhu cecah -16 celcius. Hari paling sejuk.
Pasal sim card dengan Wifi internet, kami tak beli atau sewa
pun. Dekat hotel ada ja free Wifi. Lagi pula dekat Korea ni pangkalan internet
murah, rata-rata ada pangkalan internet free. Bashe pun ada bagi portable wifi
kat kami bila dia lepaskan kami dekat tempat lawatan, kalau dah puas habis
lawat, on wifi tu dan terus whatapps dia. Tu yang untung ambil tourist guide.
Semua benda dia guide.
Keluar ja dari airport, perghh memang sejuk betul la. Semua
excited. Cakap-cakap keluar asap dari mulut.
Kat luar kami tunggu bas untuk ke hotel.
Naik bas nombor 6002.
Setiap daripada kami dapat kad T-money. Kad T-Money lebih kurang kad Rapid di Malaysia.
Harga kad ini sekitar
3,000 won. Kemudian, top-up la nilai dalam kad ini.
Tapi tourist guide
kami dah settle semua benda-benda ni.
Kad ni boleh guna
untuk menaiki subway, bas, teksi pun boleh juga tau
Rata-rata penduduk ni
guna kad ni saja untuk naiki transport sini. Tak da la kena tunggu keluarkan
duit untuk bayar sorang-sorang. Efesien kan. Untuk pengetahuan, pengangkutan di
Seoul adalah pengangkutan awam terbaik di dunia.
Perjalanan mengambil
masa 1 jam untuk sampai ke Shinchon Hostel
Sampai ke hostel untuk check in..
Sementara tunggu, Bashe minta kami request tempat nak pergi
selain dalam itinery.
Dia bagi masa untuk kami cari dulu dalam website mana-mana.
Masa tu tak boleh check in lagi, awal lagi untuk check in.
Jadinya kami tinggal beg dan pergi keluar jalan-jalan dulu.
Day 1
Itaewon Street
Itaewon Mosque
Namsan Tower
City Hall
Itaewon
Kalau nak tau, itaewon adalah satu-satu nya tempat Muslim
dekat Seoul ni. Kalau nak beli daging atau ayam mentah yang halal, beli dekat
sini.
Sedikit pengenalan waktu operasi kedai-kedai kat Seoul ni
buka pukul 11 pagi dan tutup awal pukul 8/9 malam. Awal kan tutup. Malam kat
sini dah start pukul 5 lebih macam tu dah.
Setelah sampai, kami dibawa makan ke restoran ‘Makan’
Antara restoran yang menghidangkan menu asli Korea yang
halal dan berasaskan daging. Bashe suruh kami order daging atau ayam kat sini,
sebabnya lepas ni mungkin tak kan dapat makan makanan berasaskan daging dah.
Sesudah makan, tinggal beberapa minit ja lagi nak masuk
waktu zuhur,
Bashe bawa kami ke Masjid Itaewon, antara Masjid paling
besar di Seoul.
Bashe pernah share, kalau nak solat jumaat kat sini semua
kena datang sini. Sebab sini lah salah satu nya masjid. Tapi masjid ni jauh
dari kampus, kalau ada kelas atau kerja hari jumaat terpaksa berkejar-kejar.
Sebab tu kebanyakan muslimin kat sini solat jumaat sendiri atau Jemaah
sesame depa. Tak guna mazhab syafie yang perlu kan sekurang-kurangnya 40
orang jemaah.
kat sini kami solat
jama’ dan qasar, zuhur asar terus.
Seronok dapat lihat
kaum muslim kat sini. Memang kena kuat la ada dekat Korea yang kaum minoriti
kat sini. Kena bijak dalam menjawab soalan-soalan tentang islam yang akan
ditanya.
Banyak juga tourist guide kami bercerita masyarakat sini. Di
samping berjalan, dapat juga tambah-tambah pengetahuan mengenai masyarakat sini
kan.
Namsan Seoul Tower
Usai sahaja solat, Bashe bawa kami ke Namsan Tower
Naik subway ke stesen Chungmuro. Jalan ke hentian bas dan
kemudian naik bas Namsan 02 atau 05.
Tempat ni terletak atas bukit. Kalau tengok cerita Boys Over
Flower, memang tempat ni famous. Dari tempat ni boleh tengok semua view
Seoul. Memang padat susunan bangunan Seoul
Tempat ni terkenal dengan pagarnya yang penuh dengan kunci
mangga. Kami gantung keychain kat sini, konon sebagai kenangan la datang sini.
Tu pun afifah terpaksa berkorban keychain bantal dia setelah dipaksa oleh kami.
Haha
Tempat ni dah la terletak atas bukit. Datang hari paling sejuk.
-16 celcius. Memang menggeletar habih la atas tu tahan sejuk. Bashe bagi masa
sejam lebih kat sini. Kalau nak lebih masa boleh minta lagi. Masa ni memang tak
tahan sejuk sangat. Tangan kebas, muka habih merah kena angin sejuk yang
mencucuk-cucuk kami. Orang lain releks ja tengok. Walau suhu sejuk, tapi ramai
ja yang keluar jalan-jalan. Kami ja over menggeletar tahan sejuk.
City Hall
Destinasi seterusnya City Hall. Kalau ikutkan destinasi ni
tak ada dalam itinery. Kami request nak main skating. Konon pandai main la.
Tempat ni famous juga, running man pernah main kat sini.
Kalau musim sejuk, outdoor ice-skating ring ada la kat sini.
Bayaran hanya 1,000 won(RM3) untuk sejam. Kalau kat Malaysia mahal juga. Dalam
puluh-puluh ringgit rasanya.
tengok betapa specialnya dapat helmet. Penjaga tu ingat aku ni budak-budak. tu yang dapat helmet special tu. huhu
Kalau ada nampak gambar kami 4 orang sekali dalam gambar tanpa selfie, Bashe la yang banyak tolong ambikkan gambar. Dia dah jadi macam abang kami ja layan karenah budak-budak kami.
Habis lawat tempat harini, balik ke hostel check in bilik. 2
orang satu bilik. Bilik selesa habih la. Kami 4 orang, kiranya 2 bilik la check
in. tapi lepak, makan, bincang-bincang dah macam bilik kami 4 orang untuk 2
bilik ni.
Malam aktiviti sendiri, boleh keluar jalan-jalan. Malam tu
kami keluar beli barang kat 7E ja la. Konon nak jalan jauh. Keluar sekejap tak
tahan sejuk dah.
Day 2
Gyeongbokgung Palace
Insadong Culture Street
King Sejong
Cheonggyecheon Stream
Ewha Women’s University
Gyeongbokgung Palace
Selesai sarapan di hostel, kami bertolak ke istana
Gyeongbokgung naik subway ke stesen Gyeongbokgung. Bayaran masuk 3,000 won.
Tapi semua settle dalam pakej sekali.
Istimewa nya istana ni, Gyeongbokgung adalah istana yang
paling besar dan famous antara semua istana di Korea. Istana Gyeongbokgung
istana tertua pada masa Dinasti Joseon di Seoul. Istana yang ada sekarang dijaga
dan dilestarikan di atas tapak asal. Istana ni masih gah berdiri di tengah
kotaraya Seoul. Kalau tengok sekeliling luar istana ni penuh dengan
bangunan-bangunan tinggi.
Kalau datang awal pagi dapat tengok upacara tukar pegawai
“changing Guard Ceremony” boleh bergambar dengan pegawai sini. Muka pegawai
serious sangat. Tak senyum tak gelak. Tegak ja berdiri. Sekali pandang Nampak
patung ja tengah berdiri tegak.
Selesai lawat, Bashe bawa pergi makan tengah hari kat satu
tempat ni.
Tiap kali makan, Bashe akan bagi pilihan makanan yang boleh
dimakan saja. Aku suka makanan orang korea. Healthy sangat. Masakan kurang
berminyak, makanan bersup. Setiap kali makan kat kedai, akan dihidang side
dish. Side dish ni nak tambah berapa kali pun boleh. Kimchi salah satu side
dish yang wajib tiap-tiap kedai makan.
Dan aku paling sukanya, setiap kali datang kedai makan sini,
air kosong akan dihidangkan percuma. Air kosong la bagus, tak manis. Bonus
lagi, tak yah order air lain dah dan save budget kat situ.
Insadong culture street
Insadong ni famous nya dengan barang-barang handymade.
Kat sini jalan-jalan cuci mata dan beli barang sikit. Harga
pun not bad la. Berbaloi la dengan handymade kan.
Padahal ada ja kat Malaysia. Pencinta pokok ja paham
King Sejong di Gwanghwamun
King Sejong adalah raja yang dipotretkan wajahnya dalam wang
kertas 10,000 won. Dalam duit kertas korea, lain mata wang, lain tokoh yang
dipotretkan. Kiranya tokoh yang dipotretkan ini sangat berpengaruh sampai
wujudnya dalam wang kertas la kan.
King sejong ini lah raja yang mencipta tulisan-tulisan
korea.
Muzium King Sejong terletak di tengah-tengah Bandar Seol.
Sepanjang kat sini kami banyak berjalan ja.
Orang-orang sini pun kebanyakan daripada mereka memilih untuk berjalan kaki. Suka tengok depa berjalan. Laju kut. Kalau tanya students sini, depa pun dah terikut-ikut untuk berjalan laju.
Cheongyecheon Stream
Tempat ni ada sungai dan air terjun buatan manusia
terpanjang di Korea, iaitu lebih kurang 8 km. Boleh nampak la air terjun ni dah
beku. Sejuk sangat sehingga air yang mengalir pun mampu membeku. Suhu masa tu
-13 celcius. Kurang sikit dari hari pertama sampai. Suhu pun sejuk kalah peti
ais kat rumah. Mana la tak beku. Huhu.
Cantik tempat ni. Kalau ada event, mesti ada hiasan
cantik-cantik sepanjang kawasan ni.
Puas berjalan, langit pun makin menggelap.
Bashe bawa pergi makan dekat kedai makan jepun. Aku rasa
kenyang ja sebab baru ja kut rasa makan. Tapi dah ada kat sini bukan selalu nak
rasa makanan sini. Bashe bawa kami makan dan dia terus balik. Aktiviti lepas ni
bebas nak buat apa.
Tiap kali pergi kedai makan, aku suka tengok hiasan dalaman
kedai-kedai makan. Tak kira dekat mana-mana.tempat Malaysia sekali pun. Comey ja hiasan
restoran ni. Ada bunga-bunga sakura.
Selesai makan, kami pun sepakat nak jalan-jalan sekeliling
dulu sebelum balik hostel. Tempat yang kami tinggal ni area Shinchon berdekatan
dengan Ewha Women’s University. Kedai-kedai shopping pun banyak area sini.
Kosmetik, beg, baju, kasut banyak la area sini. Untuk hari ni kami jalan
survey-survey barang dulu, hari last baru datang balik shopping. Sebab dekat
dengan hostel kami dan boleh datang balik kalau nak beli.
Ewha Women’s University
Dah alang-alang berjalan kawasan ni, apa lagi, kami pun
masuk la kawasan universiti ni. Jujur, cantik sangat bangunan-bangunan
universiti ni. Nampak mewah. Bangunan berkaca-kaca. Rancangan running man pun
pernah buat kat sini.
Kuat pula kaki ni berjalan keliling university ni, naik
turun tangga. Dah tau lenguh tapi nak jugak berjalan kan.
Dah puas hati berjalan, balik hostel kami buat postmortem.
Hee.
Rancang budget semua nak beli apa, survey tempat lagi untuk
request ke bashe.
Tiap-tiap malam lepas habis berjalan mesti akan ada
postmortem sesama kami.
Perancangan budget tu lagi la penting. Lebih-lebih lagi esok
tu kami nak pergi tempat untuk shopping cenderahati.
Day 3
Namdaenum
Myeongdong
Gwangjang
Dongdaemun History and Culture Park
Untuk hari ketiga ni memang cukup bertuah. Hari yang kami dapat
lihat salji turun depan mata. Turun dapur, tengok pintu keluar nampak salji turun.
Excitednya kami ni !! Baru tanya bashe pasal salji tak turun ka. Bashe kata kat
seoul memang jarang salji nak turun. Dan memang jarang orang datang sini dapat
lihat depan mata salji turun. Alhamdulillah memang rezeki kami la merasa salji
turun. Seronok sangat sampai tak layan perut tengah lapar. Semua jadi jakun dapat main salji.
Untuk hari ketiga ni lebih kepada pergi ke tempat-tempat
untuk beli barangan souvenir dan shopping. Sebelum pergi shopping, senaraikan
barang-barang yang wajib beli dan orang-orang yang nak belikan cenderahati.
Dengan berbuat demikian akan jimat banyak masa.
Namdaenum Market
Pasar di Seoul yang paling popular dalam kalangan pelancong.
Tempat paling senang dan banyak untuk cari souvenir. Ada banyak bahagian di
pasar ini, termasuk bahagian baju baby, kerongsang, barang dapur, dan banyak
lagi barang boleh di beli di sini.
Tempat yang bashe bawa untuk kami beli, memang antara tempat
yang murah beli souvenir. Kalau banding dengan tempat lain pun tak murah macam
tempat dia bawa. Kira berbaloi la ada orang guide semua tempat.
Mata pun dah jadi bling-bling rambang mata nak pilih. Semua cantik-cantik.
Myeongdong
Antara pasar yang terbesar dekat sini. Orang yang kaki
shopping memang sesuai datang sini. Kat sini juga paling banyak kedai kosmetik.
Tips shopping kat seoul, beli la kosmetik banyak-banyak. Harga kat sini lebih
murah dibandingan dengan negara kita.
Walaupun mata wang Korea agak mahal kalau nak convert ke RM, tapi harga barangan di sana amat berpatutan dan kualiti barang pun memang terbaik.
Walaupun mata wang Korea agak mahal kalau nak convert ke RM, tapi harga barangan di sana amat berpatutan dan kualiti barang pun memang terbaik.
Sampai myeongdong kami lunch dulu. Tempat yang dibawa
Yooganae.
Tempat ni terkenal dengan nasi goreng seafood. Istimewanya
restoran ini, pekerja restoran akan masak nasi goreng di hadapan pelanggan.
Habis makan Bashe lepas kami sejam lebih kat sini, tapi kami
request lebih masa sebab nak solat lagi. Untuk solat kat sini, tak ada surau.
Ni la yang mencabarnya, tapi pengalaman sangat. Nanti aku share entry
seterusnya untuk entry tips survival kat sini.
Gwangjang
Tempat ni sebenarnya tempat request kami. Kami request nak
beli kain cotton korea. Bashe pun bawa la tempat yang padan dengan request kami
tu.
Pasar Gwangjang ni pasar pertama di Korea. Walaupun dah lama
dibuka, tapi masih menjadi tumpuan pelancong. Kalau jalan-jalan tengok tempat
ni mesti nampak orang-orang veteran kat sini. Tempat utama untuk cari kain
cotton atau sutera.
Harga kain cotton kat sini dalam linkungan 10,000 won
(RM30+) untuk 4 meter. Pernah nampak kat Malaysia ada jual. Mahal kut diorang
jual.
Dongdaemun Market
Harini seharian kut shopping. Sambil jalan-jalan tu, catatla
apa yang dah beli. Takut nanti tak perasan duit dah lesap habis guna. Haha.
Pasar Dongdaemun ni sesuai untuk shopping pakaian, tak kira
laki atau perempuan. Tapi tak sesuai untuk beli souvenir sebab tak banyak
pilihan.
Yang seronok masa singgah beli baju untuk anak sedara kami,
ada satu Ajushi ni, dia seronok sangat raikan kami, dia kata hari ni hari Happy
Day untuk dia. Dia dapat cucu. Siap tunjuk lagi video cucu dia yang baru lahir
kat kami. Happy nya dia sampai minta nak selfie dengan kami.
Sepanjang kami kat sini, seronok tengok pekerja-pekerja
sini layan pelancong macam kami. Boleh gagah juga cakap “apa khabar” dalam
dialek depa sendiri bila tahu kami ni orang Malaysia. Ada juga
perkataan lain yang diorang cakap dalam bahasa Malaysia. Respect sangat depa ni. Sangat meraikan.
Dongdaemun History and culture park
Ada sebuah bangunan moden yang berbentuk seperti UFO. Tempat
ni cantik la ambil gambar. Masa ni pun dah letih berjalan dah la kut.
Untuk dinner Bashe bawa kami makan di Gosami. Restoran ikan
bakar ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan dari Malaysia. Ikan bakar memang
terbaikk la. Sedap. Habih licin makan. Sambal sotong pun sedap. Tapi agak
pedas. Sarah dengan nadia memang peminat pedas. Mulut duk kata pedas, muka
merah habis, tapi boleh lagi suap masuk mulut sebab sedap sangat.
first time tangok nadia makan licin macam tu
Balik hostel rehat sambil menikmati strawberi 6,000 won ada
24 biji. Manisss ja rasanya.
Day 4
Nami Island
Harini Bashe ada hal. Jadinya dia minta kawan dia guide kami. Ayu namanya. Orangnya pun ayu. hee. Ayu ni lagi muda kut daripada kami. Tapi kami ja nampak tak matang. hoho.
Hari ni seharian kami berada di Nami Island. Satu-satunya
tempat yang luar dari Seoul kami pergi. Rasanya Nami Island agak famous dan
ramai orang tahu tentang tempat ni, tempat pengembaraan drama popular Winter
Sonata. Disebabkan lokasinya agak jauh dari Bandar Seoul yang sibuk, tempat ini
amat tenang dan damai.
Cara nak ke sini kami naik kereta api. Perjalanan dalam masa
sejam macam tu la.
Naik kereta api ITX Gyeongchun Linedari Yongsan Station dan
turun di Gapyeong.
Dari Gapyeong naik teksi ke Nami Island. Untuk lintas ke
Pulau Nami sana, kami kena naik feri ke sana. Nampak la air pun dah jadi beku, nampak iceberg.
Nampak ja cahaya matahari terik. Tapi jangan tertipu. Sini sejuk sangat
Hebat betul korea macam mana depa promosikan negara ni ke peringkat dunia.
Melalui filem dengan drama ja. Setiap penjuru tempat ni ada dalam drama winter sonata. Memang cantik la tempat ni.
Melalui filem dengan drama ja. Setiap penjuru tempat ni ada dalam drama winter sonata. Memang cantik la tempat ni.
Batu bata keliling ni diperbuat daripada ais.
Acah-acah Winter Sonata
Air pancut belakang tu pun dah beku jadi ais
Sebenarnya kami berdiri atas tasik tau.
Air tasik ni jadi keras, kami boleh berjalan-jalan atas ni.
Untuk lunch, ayu bawa kami ke Drama Café. Menu yang terkenal
di sini adalah “nasi goncang”. Pakai sarung tangan yang disediakan dan goncang
bekas tu.
Mengenai tempat solat sini, Alhamdulillah ada di sediakan
surau di bangunan Nami Library.
Seharian kami berada di sini. Petang balik naik ITX.
Untuk dinner pula, ayu bawa kami makan mee dengan pizza. Tak
ingat nama kedai apa. Tapi memang sedap makanan sini.
Dalam perjalanan balik, kami beli street food. Minta tolong
ayu tunjukkan makanan mana boleh kami makan kat sini. Beli bawa balik makan kat
hostel.
Day 5
Namsan Hanouk Village
Ttukseon Hangang Park
Han River Park
Cat café, shinchon
Hari kelima ni Bashe minta kami request tempat nak pergi.
Kalau tengok dalam itinery memang tak dalam list tempat-tempat ni.
Namsan Hanouk Village
Dekat sini boleh tengok rumah-rumah tradisional Korea yang
dipanggil “hanok”, terletak di tengah Bandar Seoul. Rumah-rumah replika di sini
mengikut binaan asal rumah-rumah orang ternama zaman raja dahulu kala.
Ada banyak permainan tradisional di luar kawasan lapang.
Selesai lawat rumah-rumah tradisional sini, Bashe bawa kami
makan dekat-dekat area situ juga.
Seperti biasa, makanan bersup penuh dengan sayur-sayur yang
healthy.
Ttukseon Hangang Park
Kalau musim sejuk, outdoor ice sledding akan diadakan di
sini. Aktiviti kat sini main ice sledding ja la dekat sini. Kami kena solat
dekat sini. Next entry insyaAllah akan dikongsikan tempat-tempat macam mana
kami pilih untuk solat.
Han River Park
Han river ni bersebelah ja dengan Hangang Park. Bashe lepas
kami di Hangang Park sampai pukul berapa ja tak kisah. Kalau dah puas whatapps
dia saja.
Puas main ice sledding, kami keluar jalan kaki ke Han River
Park.
Han River ni antara sungai paling penting di Korea. Sungai ni bersih, sedap mata memandang.
Nak
dekat akhir-akhir bulan februari ni suhu makin kurang sejuknya. Segar ja bila
angin tiup. Tak macam awal-awal sampai sebelum ni. Angin mencucuk-cucuk sejuk
sangat.
Dekat sini akan nampak orang Korea bersenam di taman ini,
terutamanya warga emas. Ada nampak ahjumma-ahjumma lambai-lambai kat kami.
Ramah sangat depa ni.
Cat Cafe, Shinchon
Bila dah puas jalan keliling kawasan ni, kami pun whatapps
la Bashe.
Bashe tanya ada nak pergi mana-mana lagi tak? Kami request
cat café ja la.
Dekat seoul banyak cat café. Bashe bawa pergi cat café yang dekat dengan hostel kami, Shinchon. Kalau nak tengok kucing yang banyak dari tempat ni, boleh pergi di myeongdong. Tapi kena bayar la untuk masuk dan dapat free coffee.
Konsep dekat cat café ni serious comey. Kat sini kami order coffee Mocha dengan Capuccino.
Buat peminat kopi, kopi kat cafe-cafe sini mostly insyaAllah boleh minum.
Kalau dalam bekas seperti vending machine atau kedai 7E ada jenis tak boleh minum. Sebab ada sesetengah yang diperap.
Dekat seoul banyak cat café. Bashe bawa pergi cat café yang dekat dengan hostel kami, Shinchon. Kalau nak tengok kucing yang banyak dari tempat ni, boleh pergi di myeongdong. Tapi kena bayar la untuk masuk dan dapat free coffee.
Konsep dekat cat café ni serious comey. Kat sini kami order coffee Mocha dengan Capuccino.
Buat peminat kopi, kopi kat cafe-cafe sini mostly insyaAllah boleh minum.
Kalau dalam bekas seperti vending machine atau kedai 7E ada jenis tak boleh minum. Sebab ada sesetengah yang diperap.
Untuk dinner,Bashe bawa dekat sebelah hostel kami.
Terakhir kali jumpa Bash. Esok kami balik dan dia tak guide kami ke
airport. Kami pun bagi la Maggie dengan biskut sebungkus,makanan lebih kami
bawa ke sini sebagai hadiah.
Malam terakhir aktiviti bebas. Kami ada janji nak jumpa
dengan kawan nadia yang belajar kat sini. Dia nak bawa pergi makan ABC Korea, snowflakes yang famous kat sini. Pukul 9 malam macam tu. Disebabkan
kedai-kedai dekat sini tutup awal pukul 9, dia suruh kami shopping
pusing-pusing dulu.
Lagi pun kami memang dah budget letak tepi barang-barang nak
beli kat area sini lepas survey hari kedua yang lepas.
Pukul 9 lebih macam tu jumpa la kawan nadia. Norin dan
jihan. Depa ni sangat la sporting. Ya Allahh. Pot pet pot pet macam-macam
kami sembang. Survival kat sini memang kena kuat lagi-lagi depa ni minoriti
muslim dekat sini.
Seronok kenal depa ni. Yang paling terharu, siap belanja
kami semua ni kut. Ingat nak kongsi-kongsi duit ja. Dah la beli macam-macam
makanan kat kami. Jadi serba salah la pula jadinya. Tapi tu la, itu lah cara orang meraikan kehadiran kawan. Kalau kami berada tempat depa pun, mungkin
kami akan berbuat benda yang sama juga.
Sulbing.
Ya Allah sedap sangat. Ais dia halusss, lembuttt sangat.
to be continue....entry seterusnya berkenaan dengan tips survival.
kalau ada persoalan boleh pm. insyaAllah akan tulis next entry.
kalau ada persoalan boleh pm. insyaAllah akan tulis next entry.





















































































Salam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.
ReplyDeleteUntuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.
Jika memerlukan apa-apa bantuan dan info insyaAllah saya boleh bantu.
wahh asyiknya bisa liburan ke korea bareng sama teman teman :)
ReplyDeleteBelum pernah liburan ke Dataran Tinggi Dieng ? yuk lihat paketnya di website kami Dieng Tour